Ceramah Khas Pendakwah Korporat MAIPk

L ENGGONG, 13 September 2018 - Progam ceramah khas oleh Pendakwah Korporat MAIPk telah diadakan di masjid Yahya Ubudiah, Kpg Banggol Belimbing, Lenggong Perak. Ceramah ini dianjurkan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid. Imam Muda A.F Ustaz Jabbar sebagai penceramah jemputan memberi penerangan tentang zakat dan mengupas isu perbincangan tazkirah yang bertajuk ”Keberkatan Harta” Jemaah yang hadir teruja dan begitu bersemangat dalam Progam ini. Penceramah memberi penerangan serta  kupasan tajuk  yang diberi dengan jelas dan mencuit hati ahli jemaah yang hadir.  Pada sebelah pagi diadakan juga program khidmat kaunter bergerak kepada pengunjung2 pekan sehari.












 

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.