Ceramah Khas Pendakwah Korporat MAIPk Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 14 September 2018 - Progam ceramah khas oleh Pendakwah Korporat MAIPk telah diadakan di masjid Al- Aula, simpang 4 Hutan Melintang, Bagan DatuK. Ceramah ini dianjurkan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al- Aula. Imam Muda A.F Ustaz Jabbar sebagai penceramah jemputan memberi penerangan mengenai zakat dan waqaf  yang bertajuk “Cabaran Nikmat Dunia” Turut sama hadir adalah YDH OBJ Bagan Datuk, Pegawai Daerah Bagan Datuk, PTA Bagan Datuk  serta hadirin daripada agensi dan jabatan Kerajaan Daerah Bagan Datuk. Jemaah yang hadir teruja dan begitu bersemangat dalam progam ini. Penceramah memberi penerangan serta  kupasan tajuk  yang diberi dengan jelas dan dekat di hati jemaah. Perkhidmatan kaunter zakat juga dibuka bagi memudahkan jemaah yang hadir untuk membayar dan mendapatkan penerangan mengenai zakat.








 
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.