• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Pengkalan Hulu

Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Pengkalan Hulu

PENGKALAN HULU, 18 September 2018 – Bagi menterjemahkan dan memperkasakan  keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf 2018 di sekitar daerah Pengkalan Hulu.Program Jejak Asnaf 2018 ini telah menyasarkan kepada lima (5) buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Kg. Tanjung Luas Air Panas, Jalan Tasek Kg. Selorong, Kg. Bukit Buloh Kuan Intan, Kg. Kuak Luard an Kg. Kuak Tengah daerah Pengkalan Hulu. Program Jejak Asnaf tersebut telah disertai  oleh Pengurus Besar (Bahagian Agihan Zakat) A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Ustaz A.F Ahamad Muzammil bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah Pengkalan Hulu Encik Fairuz bin Zahari  serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Pengkalan Hulu dan memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga. Dari segi bantuan bina rumah juga diberi kepada Asnaf yang memerlukan.


















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.