• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Ceramah Perdana 2018 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Parit Buntar

Program Ceramah Perdana 2018 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 12 Oktober 2018 – Satu program Ceramah Perdana anjuran Maipk Parit Buntar dengan kerjasama Masjid Al-Ubudiah,Taman Seri Tenggara Parit Buntar yang telah diadakan pada hari Khamis (11/10/2018).

Kira-kira 250 jemaah menghadiri ceramah yang diadakan semalam yang terdiri daripada warga Kerian, Bandar Baharu, Kedah dan Seberang Prai Selatan.

Ceramah ini disampaikan oleh Imam Muda Jabbar ( Pendakwah Koprat MAIPK) dengan tajuk ZAKAT DAN WAKAF: INSTRUMEN PEMANGKIN EKONOMI ISLAM.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Maipk Parit Buntar En Ahmad Fairuz Bin Zabidi ( Pengarah Program) ,Tuan Haji Arif Bin Razali Pengerusi Masjid Al-Ubudiah serta para urus setia yang memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan program tersebut.













.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.