• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

IPOH, 18 Oktober 2018 -  Alhamdulillah pada petang ini, Pihak Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM78,106.25 bagi tahun berakhir 2017 yang disempurnakan oleh En. Khairul Anuar bin Mohd Nor, Pengerusi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad manakala pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak diwakili oleh A.F. Ustaz Munawir bin Mohamed Nor, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk menerima Zakat Perniagaan tersebut.

 Pada peringkat awal pertemuan tersebut sedikit penerangan berkaitan kutipan dan agihan-agihan zakat telah disampaikan oleh A.F. Ustaz Munawir bin Mohamed Nor untuk dikongsikan bersama rombongan daripada pihak Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad.

 Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya..in shaa Allah.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.