Jejak Asnaf Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 18 OKTOBER 2018 - Program Jejak Asnaf Daerah Bagan Datuk yang diketuai oleh AF Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk dan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Tuan Mohd Shahmer Mahzuz bin Mohd Zin serta beberapa orang kakitangan daripada Ibu pejabat MAIPk dan pejabat MAIPk Bagan Datuk telah menyantuni asnaf di sekitar daerah tersebut. Jejak kali ini telah menemui 6 buah rumah asnaf dan disantuni dengan penyampaian bantuan keperluan dapur dan sedikit sumbangan bagi menampung keperluan harian. MAIPk juga mengambil berat dengan keadaan rumah yang diduduki oleh asnaf dan mencadangkan Bantuan Baik Pulih Rumah serta Bantuan Bina Rumah untuk asnaf yang kediamannya terlalu usang dan tidak diselenggara.

Inisiatif ini akan terus digunakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti secara terus ke akar umbi asnaf-asnaf yang memerlukan bantuan zakat tanpa melalui Pengerusi MPKK, Penghulu Mukim dan seangkatan dengannya.




















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.