Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama PUNB

IPOH, 21 November 2018 – Bertempat di Restoran Menara Mekah, telah diadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan usahawan-usahawan di bawah PUNB. Jumlah zakat perniagaan Perbadanan Nasional Malaysia Berhad (PUNB) bernilai RM100,000.00 diserahkan oleh Encik Ahmad Faisal Mohd Basir, Ketua Jabatan Setiausaha Syarikat & Tadbir Urus dan telah diterima oleh A.F. Ustaz Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Selepas itu, penyerahan zakat daripada kumpulan usahawan PUNB berjumlah RM 56,710.00 pula telah diserahkan oleh Encik Fuzi bin Zainal sebagai wakil kumpulan usahawan PUNB dan juga telah diterima oleh A.F. Ustaz Mohd Haidi Bin Sulaiman. Keseluruhan zakat perniagaan yang telah diterima ialah RM156,710.00.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.