• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Ceramah Perdana “Sedekah, Magnet Rezeki” Di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang, Taiping

Ceramah Perdana “Sedekah, Magnet Rezeki” Di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang, Taiping

TAIPING – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) daerah Taiping telah menganjurkan ceramah perdana yang bertempat di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang pada 28 Februari 2019. Ceramah yang bertajuk “Sedekah, Magnet Rezeki” telah disampaikan oleh Ustaz Azhar Bin Latif selaku pendakwah korporat MAIPk selepas solat maghrib berjemaah dan dihadiri oleh beberapa orang kakitangan pegawai Baitumal Taiping serta pengawai daripada bahagian promosi MAIPk Ipoh. Hadir mengimarahkan lagi majlis ilmu ini Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid, Haji Mustaffa Bin Bakar serta beberapa orang ahli jawatankuasa masjid di bawah pimpinannya. Program ini turut dihadiri lebih kurang 200 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran masjid tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan bersedekah. Penceramah turut menekankan bahawasanya sedekah yang diberikan merupakan salah satu penarik rezeki bagi orang-orang yang mengeluarkan harta mereka ke jalan Allah SWT. Zakat merupakan salah satu perkara yang tergolong dalam kalangan sedekah wajib sepertimana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.