• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan Masjid Daerah Tapah dan Menyampaikan Bantuan Hari Raya

Tapah, 13 Mei 2019 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Daerah Tapah serta berbuka puasa. Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal bin Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Mohd Yusop bin Husin.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum berkenan menyempurnakan gimik perasmian serta pertukaran nama Masjid Daerah Tapah kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Seterusnya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenaan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri (zakat) sebanyak RM140,500 kepada Penghulu Mukim Sungkai (RM71,500), Chenderiang (RM36,500), Batang Padang (RM19,750) dan Bidor (RM12,750) yang mewakili keseluruhan 562 penerima asnaf fakir dan miskin. Diharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban asnaf-asnaf bagi keperluan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.