Lawatan Kerja Yb Tuan Haji Asmuni Bin Awi Ke MAIPk

IPOH, 21 MEI 2019 – Satu lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Haji Asmuni Bin Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak ke MAIPk telah diadakan di Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Beliau yang juga merupakan anggota MAIPk telah menerima taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mendapat taklimat penuh mengenai pengurusan di MAIPk secara keseluruhannya, dan fokus kepada urusan zakat, baitulmal serta wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIPk.

 

Semasa lawatan kerja ini YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi telah memberi input dan cadangan penambaikan kepada pihak MAIPk dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan MAIPk yang telah berusaha menjadi yang terbaik dalam membantu umat Islam di negeri Perak. Diharapkan daripada sesi lawatan kerja ini akan dimanfaatkan bagi membantu dalam menambahbaik pihak MAIPk dari semasa ke semasa.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.