POLISI e-PENYERTAAN

Laman Web Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)  telah maju setapak lagi  untuk menyediakan dasar yang tepat untuk rakyat bagi menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di Laman Web.


MAIPk mengalu-alukan anda melayari laman web pentadbiran ini.  Kami menghargai penggunaan alat yang kami sediakan melalui laman web kami.  MAIPk bergantung kepada penyertaan dan sumbangan anda yang amat berharga untuk membangunkan program-program dan komunikasi dua hala.


Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami,  laman web MAIPk memakai beberapa peralatan untuk meningkatkan komunikasi dua hala, iaitu melalui maklumbalas dan undian/bancian.  Di samping itu, laman web ini membolehkan interaksi dalam rangkaian media sosial seperti Facebook.


Oleh itu, MAIPk mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi perkara-perkara yang berikut :-

1. Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik.
2. Gunakan bahasa yang sesuai.
3. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.


Saluran komunikasi :  

Hubungi
       Kami :
Hubungi Kami
Maklumbalas
  Facebook
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.