• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Indahnya zakat apabila dihayati kerana ia memberi hikmah dan faedah yang banyak kepada pemberi mahupun penerima

SERI ISKANDAR - Program penyerahan bantuan zakat kerjasama di antara MAIPk Daerah Seri Iskandar dan Pharmaniaga Berhad Cawangan Seri Iskandar bagi Pulangan Wang Zakat Perniagaan.

Program ini telah dijayakan oleh ahli-ahli Mesyuarat Wakalah MAIPk dan IPMSB Seri Iskandar diketuai oleh PBD Seri Iskandar, En. Ahmad Nazri bin Hassan serta Pengurus Besar Operasi IPMSB, En. Khairudin bin Othman.

Turut bersama menjayakan program ini adalah pihak Teras Nadi Medical Equipment (penyedia barangan sokongan perubatan) di ketuai oleh Cik Siti Hajar binti Ramli dan En. Akbarudin bin Azman.

Sebanyak 4 buah rumah di ziarahi dan di santuni meliputi penerima bantuan kecemasan sekaligus serta bantuan perubatan. Semoga dengan adanya program yang di anjurkan seperti ini dapat menyebarluaskan lagi maklumat bantuan yang disalurkan seterusnya bagi kelangsungan hidup para penerima manfaat dari sumber zakat.

Tawaran Kursus Percuma Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita

MAIPk akan menaja Kursus Awal Kanak-kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita secara PERCUMA kepada asnaf dengan kerjasama SCHWIN College dan Srikandi Skill College bagi tahun 2021.

Justeru, MAIPk ingin menawarkan kursus tersebut kepada asnaf yang berkelayakan bagi mengisi peluang dengan jaminan pekerjaan bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga.

Sila muat turun dan lengkapkan BORANG NO 8 : Skim Latihan Kemahiran Asnaf dan hantar semula melalui pejabat pentadbiran MAIPk di seluruh negeri Perak SEBELUM 12 Mac 2021.

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi Cik Fatin (011-1141 9719) atau Pn. Aini (019-389 1005) atau emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang bantuan latihan kemahiran

 



Penyerahan Bantuan Bina Rumah Dan Ziarah Asnaf Maipk Daerah Lenggong 2021

LENGGONG, 25 Februari 2021 - Program penyerahan bantuan bina rumah dan ziarah asnaf merupakan salah satu program dalaman Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya. Pihak MAIPk dapat bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik di seluruh pelusuk negeri Perak.

Pentadbiran MAIPk daerah Lenggong telah menyantuni golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan. Program ini telah dijayakan oleh salah Seorang Anggota MAIPk iaitu YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Hulu Perak.

Turut bersama menjayakan program ini ialah Encik Mohd Arifullah bin Mashudi, Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong serta pekhidmat-pekhidmat MAIPk Daerah Lenggong sambil dibantu oleh penghulu Mukim Lenggong dan Mukim Temelong.

Pada hari ini sebanyak 5 buah rumah telah diziarahi. 3 buah rumah telah di serahkan kepada golongan asnaf yang layak, manakala dua buah rumah lagi bagi menziarahi penerima bantuan bulanan yang uzur. Semoga kehidupan mereka akan lebih baik dan segala urusan dipermudahkan. MAIPk turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri Perak. Semoga bayaran zakat yang ditunaikan menjadi bekalan pada hari akhirat kelak dan dilimpahi dengan rahmat serta rezeki yang berpanjangan.
#kamuDikirimUntukMereka













Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.