• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk dan JPN Terus Bekerjasama Bantu Banteras Gejala Dadah di Kalangan Pelajar

IPOH, 16 Jun 2019 - Majlis Perasmian Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT) Junior Tahun 2019 telah diadakan di SK Jati,Ipoh yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari. SUIT adalah program kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan MAIPk yang telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya. Objektif program ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah. Pelaksanaan program adalah meliputi program Pencegahan & Intervensi kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Perak. Statistik menunjukkan kadar penglibatan pelajar terhadap masalah penyalahgunaan bahan terlarang ini adalah pada kadar membimbangkan dan majoriti yang terlibat adalah daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Antara program pencegahan yang dilaksanakan termasuklah mengenalpasti pelajar yang positif ujian air kencing dan pemantauan secara berkala dijalankan kepada mereka. Kumpulan pelajar yang positif ini juga akan didedahkan dengan aktiviti luar secara berkumpulan agar pelaksanaan program pencegahan dapat dijalankan dengan lebih sistematik.
Mengikut laporan daripada pihak JPN Perak, Alhamdulillah statistik menunjukkan kadar pelajar yang positif dengan dadah adalah menurun bagi tahun 2018 lalu selepas pelaksanaan program-program pencegahan tersebut. Selain daripada itu, kaedah Intervensi juga turut dilaksanakan kepada golongan sasar program SUIT ini termasuklah kepada para guru kaunseling serta murid dan pelajar sekolah-sekolah terpilih. Kepada guru kaunseling di sekolah, program atau kursus khas turut dianjurkan dalam bentuk TOT (Train of Trainer) agar mereka lebih mendalami isu-isu berkaitan masalah dadah di kalangan pelajar. Selain itu, turut dilaksanakan program khas kepada pelajar lain di sekolah-sekolah terpilih iaitu dalam bentuk ceramah kesedaran, kem motivasi dan pertandingan sudut Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di setiap sekolah. MAIPk dengan berbesar hati sudi bekerjasama bagi pelaksanaan program murni ini dengan tajaan berjumlah RM70,000.00 pada tahun 2018 dan berjumlah RM 60, 000.00 pada tahun 2019. Pihak JPN Perak turut mengedarkan 'bunting' serta poster pelaksanaan program SUIT ini kepada semua sekolah di Negeri Perak.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.