• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM13.1 Juta

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2019 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pemberian Zakat Perniagaan berjumlah RM13,196,212.59 juta bagi tahun 2018 daripada lima buah syarikat. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi pembayar zakat perniagaan terbesar dengan jumlah RM12,191,403.13 diikuti Agrobank RM446,700.00 dan QSR Brands (M) Holdings Bhd RM379,555.00. Co-opbank Pertama Malaysia Berhad pula menyerahkan zakat berjumlah RM109,604.46 manakala Rural Capital Berhad sebanyak RM68,950.00.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua MAIPk,YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Majlis ini turut dihadiri oleh tiga orang Anggota MAIPk iaitu YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed, YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad dan YBrs. Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman  (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIPk).










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.