• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Services
  • Undang-Undang
  • MAIPK News
  • Majlis Penyerahan Pakaian Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Nurul Hidayah, Kg. Kenang

Majlis Penyerahan Pakaian Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Nurul Hidayah, Kg. Kenang

SUNGAI SIPUT, 2 Februari 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengagihkan sebanyak RM53 ribu dana zakat kepada 153 orang pelajar Orang Asli Islam Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah, Kg. Kenang. Majlis penyerahan pakaian persekolahan telah diadakan untuk memastikan pelajar Orang Asli mengikuti sesi persekolahan dan mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan merupakan elemen utama membangunkan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli.

Pada tahun 2023, MAIPk membelanjakan RM32 juta bagi program pemerkasaan pendidikan dan kemahiran di bawah asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah terdiri daripada skim bantuan persekolahan, skim biasiswa, bantuan am pelajaran, dermasiswa dalam dan luar negara serta skim latihan kemahiran asnaf. Sebanyak RM5.19 juta daripada jumlah tersebut dimanfaatkan kepada hampir 30 ribu orang pelajar di bawah skim bantuan persekolahan. Bantuan tersebut banyak membantu ibu bapa menampung kos persediaan persekolahan anak-anak.

Hadir ke majlis penyerahan pakaian persekolahan SMAR Nurul Hidayah, Kg. Kenang ialah Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad, Pengetua SMAR Nurul Hidayah yang juga anggota MAJLIS, Encik Rohizan bin Hj. Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Tuan Haji Mohd Zulkhairi bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan JAIPk dan Tuan Haji Zakaria bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIPk.

SMAR Nurul Hidayah, Kg. Kenang merupakan satu-satunya sekolah menengah agama berasrama khusus untuk pelajar Orang Asli yang ditanggung sepenuhnya oleh MAIPk menggunakan dana zakat. MAIPk berterima kasih kepada semua pembayar zakat yang telah menyumbang kepada pembangunan serta operasi sekolah ini pada setiap tahun.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.