• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM3,435,905.77

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2020 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 6 agensi yang bernilai RM3,435,905.77 di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Semasa majlis berkenaan, Bank Pembangunan Malaysia Berhad menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2018 iaitu sebanyak RM1,300,000.00. Ini diikuti KAF Investment Bank Bhd RM928,000.00, Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Bhd RM523,516.30,  Risda Negeri Perak RM383, 389.47, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak RM200,000.00 dan Gerbang Alaf Restaurant RM101,000.00.

Majlis ini turut dihadiri oleh iaitu YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja YABhg. Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Ahli-Ahli MAIPk, YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed, serta Setiausaha Majlis, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Pada minggu ini juga MAIPk telah menerima zakat perniagaan daripada 3 agensi di majlis yang berlainan iaitu daripada FGV Holdings Berhad RM 105,739. 00, Gitn Sdn.  Bhd. RM 95,000.00 dan Prosontech Sdn Bhd RM 25,000.00. Majlis Penyerahan Zakat ini diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk iaitu YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.