MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM2,762,151.26

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2020 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada enam agensi yang bernilai RM2,762,151.26 di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Semasa majlis berkenaan, Bank Rakyat menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu berjumlah RM979,285.00, diikuti Maybank Islamic Bank Berhad, RM846,779.20, Bank Islam (M) Berhad, RM340,000.00, RHB Islamic Bank Berhad, RM300,000.00, Bank Muamalat Malaysia Berhad, RM196,087.06, Affin Islamic Bank Berhad, RM100,000.00.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.

Majlis ini turut dihadiri oleh iaitu YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja YABhg. Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,  YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abd Rahim  dan Anggota MAIPk, YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed, serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.














.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.