• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Santuni Asnaf di Daerah Lenggong

LENGGONG, 08 September 2020 - Program Jejak Asnaf  merupakan salah satu program utama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya. Pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik di seluruh pelusuk negeri Perak.

Program Jejak Asnaf MAIPk pada kali ini di daerah Lenggong telah menyantuni golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan. Program ini  telah dijayakan oleh dua orang Anggota MAIPk iaitu  YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Hulu Perak dan YBrs. Dr. Haji Mohd Fahmi bin Abdul Khir.

Turut bersama menjayakan program ini ialah YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan , AF Ust. Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, dan Encik Mohd Arifullah bin Mashudi, Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong serta pekhidmat-pekhidmat MAIPk Daerah Lenggong sambil dibantu Team Bahagian Agihan Zakat MAIPk.

Sebanyak empat buah rumah telah diziarahi. Tiga permohonan Bantuan Baik Pulih Rumah dan satu permohonan Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Kewangan Bulanan telah diproses segera dalam lawatan ini untuk pertimbangan dan keputusan. Semoga kehidupan mereka akan lebih baik dan segala urusan dipermudahkan. MAIPk turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri Perak. Semoga bayaran zakat yang ditunaikan menjadi bekalan pada hari akhirat kelak dan dilimpahi dengan rahmat serta rezeki yang berpanjangan.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.