• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Taja Penerbangan Graduan Tamat Pengajian Di Mesir

Alhamdulillah, buat julung kalinya MAIPk menjalankan Program Sirih Pulang Ke Gagang Tahun 2020 yang merupakan program bagi membantu para graduan yang telah tamat pengajian pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

Seramai 17 orang peserta kumpulan pertama Program tersebut telah selamat tiba di KLIA pada 24 November 2020. Kumpulan ini merupakan sebahagian daripada 86 orang graduan yang telah menamatkan pengajian di negara Mesir melibatkan Universiti Al Azhar, Universiti Iskandariah, Universiti Mansoura, Universiti Zagaziq dan Universiti Tanta bagi sesi pengajian 2019 /2020.

Insya Allah kumpulan kedua akan pulang pada bulan disember adalah seramai 25 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang pulang melalui progam ini merupakan pelajar tajaan MAIPk dan keseluruhan kos yang akan dibelanjakan adalah sebanyak RM209,160.00. Pelajar yang pulang sendiri akan dibayar terus kepada pelajar.

Alhamdulillah, graduan terbaik bidang Sains Kesihatan bagi sesi pengajian kali ini adalah Dr. Nur Farah Zuliena bt Mohd Yusof dengan pangkat MUMTAZ manakala bidang pengajian islam ialah Ustaz Muhammad Yusof Kamal bin Buang dengan pangkat JAYYID JIDDAN BIL MARTABATI SYARAF.

Pihak MAIPk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Terima kasih kepada semua pembayar zakat yang telah merealisasikan usaha ini. Pembayar Zakat, Hero Asnaf.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.