• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Santuni Masyarakat Orang Asli di Muallim

Zakat Perak-MAIPk, Muallim bersama-sama PENGGERAK Orang Asli daerah Muallim mengadakan perbincangan bersama. Kedua-dua organisasi ini memang sudah memahami tugas masing-masing. Sungguhpun begitu, persepakatan bersama perlu diambil kira.

Hasil perbincangan, sebanyak 6 buah perkampungan orang asli akan dituju. Bagi PENGGERAK ini kerja rutin mereka. Sesekali Zakat Perak-MAIPk turut serta membawa bantuan zakat.

Di awal pagi 25/6/2021 dua organisasi ini berlepas. Perjalanan tidak jauh. Cuma perlu bergerak dari satu kampung ke satu kampung mengambil sedikit masa. Lagi pun jalannya sesekali berbukit-bukit dan bengkang bengkok.

Kedatangan kami disambut meriah oleh penduduk kampung. Biasanya kami ke rumah tok batin terlebih dahulu. Selepas meminta izin, barulah kami bergerak dari rumah ke rumah atau ke tempat yang biasa penduduk berkumpul.

Kunjungan ini lebih kepada ziarah mahabbah. Kami membawa beras untuk diserahkan kepada penduduk yang berhak menerima zakat dan fidyah. Kami juga mengambil tahu aktiviti semasa di setiap kampung serta mengemaskini maklumat penerima bantuan.

Perkampungan yang telah kami kunjungi:
1)KOA Pos Bersih
2)KOA Bangkong
3)KOA Chenain
4)KOA Changkat Ramu
5)KOA Buluh Seruas
6)KOA Sungai Lembing

Tempoh pengislaman mereka bercampur-campur. Ada yang sudah lama dan ada yang masih baru bersama. Mereka sama seperti umat Islam lain, berhak ke atas apa sahaja bantuan zakat selagi mereka dalam kategori asnaf fakir, miskin dan muallaf.

Kawasan penempatan mereka di tepi sungai. Berbatu-batu, jeram dan airnya bersih. Hasil buah banyak. Mengikut musim. Ada kalanya kami berkampung di perkampungan ini semasa membuat program. Ada sesiapa yang nak ikut?

Dana zakat sampai kepada mereka yang berhak. Di bandar dan di kampung. Manakala antara hikmah zakat kepada asnaf muallaf bagi mengembirakan hati dan membuatkan mereka tertarik dengan Islam.

Kami mengajak tuan, puan, saudara dan saudari, sama bantu mereka yang memerlukan bantuan zakat.
Sebarkan mudahnya berzakat melalui maybank2u.com kepada rakan-rakan anda.

Ini pautan langkah-langkah berzakat melalui maybank2u.
Sebarang pertanyaan berkaitan aktiviti kutipan dan agihan zakat boleh hubungi talian ini, 05 208 4000.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.