Taklimat Zakat Dan Wakaf Di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak

TELUK INTAN, 5 Disember 2019 – Satu Taklimat Zakat dan Wakaf telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan. Taklimat telah disampaikan oleh AF Ustaz Mohamad Razif bin Mokhtar, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar. Turut hadir adalah Inspektor Mohd Khudri bin Sulaiman selaku Ketua Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard, Tuan Hj Zul-Azri Bin Hosaini, Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak dan Tuan Mohd Shahmer Mafzuz bin Mohd Zin, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk. Semoga usaha murni ini berterusan dan dapat membantu pembangunan dan keperluan Asnaf Zakat di Negeri Perak serta mendapat keberkatan dan limpah rahmat dari Allah SWT.

 

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan zakat anda, sila layari 🌐 www.maiamp.gov.my atau hubungi ☎ 05-621 6194

Jom tunaikan Zakat secara atas talian di 🌐 https://ezakat.maiamp.gov.my

 

#jomtunaikanzakat
#asnafterbelahartaterpelihara
#sucikanhartabersihkanjiwa
#daripadaandauntukmereka

 

(Sumber : FB MAIPk Teluk Intan)




.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.