Program “ Tour Asnaf ” MAIPk Daerah Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 10 DISEMBER  2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) daerah Bagan Datuk telah mengadakan program “Tour Asnaf” yang telah dilaksanakan di sekitar daerah Bagan Datuk. Program ini diadakan bagi melihat sendiri kehidupan asnaf selepas menerima bantuan daripada pihak MAIPk dan keprihatinan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan asnaf. Program ini diketuai oleh YDH Toh Seri Lela Paduka, Dr. Khalid Bin Ismail, Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk, Ahli Jawatankuasa Baitulmal Daerah Bagan Datuk dan pegawai-pegawai dan kakitangan MAIPk. Pada program ini juga, sebanyak dua orang penerima Bantuan Kewangan Bulanan, dua penerima Bantuan Bina Rumah, dan empat orang penerima Bantuan Dialisis di Pusat Rawatan Dialisis MB Star. Program ini diakhiri dengan perasmian Kabin Gunting Rambut Asnaf di Masjid Jamek Hutan Melintang.














.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.