Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

IPOH, 13 Disember 2019 -  Majlis Penyerahan  Zakat  Perniagaan oleh Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Pihak PNMB menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM36,300.00 bagi tahun berakhir 2018  yang diserahkan oleh  Tuan Mohammad Fazli bin Ismail, Northem Region Manager kepada  Encik Ahmad Nazim bin Md. Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran. Pada majlis tersebut telah dihadiri oleh Puan Hajah Wan Maizura bin Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk bagi menyaksikan majlis penyerahan zakat tersebut.Turut hadir pegawai-pegawai PNMB iaitu Tuan Mohd Yusoff bin Yahaya (Branch Head) bahagian Ipoh, Puan Sharifah Norkhalida binti Syed Aadnan (Area Key Account Manager), Puan Nur Atikah binti Mohd Ashruf (Key Account Management. Semoga usaha murni ini berterusan dan dapat membantu ke arah pembangunan dan keperluan asnaf zakat di negeri Perak serta perniagaan yang diusahakan oleh PNMB bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.











Anda juga boleh layari laman web kami www.maiamp.gov.my untuk mendapatkan info-info terkini dan untuk pembayaran zakat di atas talian, sila layari https://ezakat.maiamp.gov.my untuk melunaskan kewajiban anda.

.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.