Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan, Perubatan Dan Sumbangan Kepada Ngo Islam Serta Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Negeri Perak Bagi Tahun 2019

IPOH, 26 Disember 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan, Perubatan Dan Sumbangan Kepada Ngo Islam Serta Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Negeri Perak Bagi Tahun 2019 di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Agama Islam Perak.Tujuan majlis ini dilaksanakan untuk menyalurkan bantuan awal kepada para asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf dalam membuat persiapan pakaian sekolah bagi anak-anak asnaf bagi tahun 2020 .

Selain itu juga, dana khas bantuan perubatan buat asnaf-asnaf fakir dan miskin yang menghidap penyakit jantung dan barah di pusat rawatan Majlis Kanser Nasional dan Yayasan Institut Jantung Negara bagi memudahkan proses rawatan serta bayaran terus kepada pusat rawatan tersebut. Bagi sumbangan Dana Aktiviti Dakwah, sebanyak 26 NGO Islam Negeri Perak telah menerima sumbangan. Dana ini diberikan bagi merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan supaya lebih efisien dan teratur.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Puan Wan Maizura binti Wan Zahari yang turut terlibat untuk menjayakan Majlis ini. Majlis ini turut dihadiri pegawai-pegawai dan perkhidmat MAIPk.











































.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.