Taklimat Pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah dan Pelan Anti-Rasuah Organisasi

IPOH, 21 Februari 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam tindakan untuk merangka dan membangunkan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) untuk tempoh tiga tahun sehingga lima tahun. Bagi melaksanakan tindakan tersebut dan memberi kefahaman yang lebih jelas, satu taklimat CRM dan OACP oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan kepada pekhidmat MAIPk. Taklimat tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs.Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan seterusnya taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Fariza binti Omar, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Perak.
















.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.