• Utama
  • Zakat
  • Kalkulator Kiraan Fidyah
  • Berita Maipk
  • Taklimat Fungsi, Tanggungjawab Dan Tatakelakuan Jawatankuasa Kariah Dan Pegawai Masjid Menurut Undang-Undang Serta Bengkel Percambahan Minda Bantuan Modal Perniagaan MAIPk Bersama Orang-Orang Besar Jajahan Negeri Perak

Taklimat Fungsi, Tanggungjawab Dan Tatakelakuan Jawatankuasa Kariah Dan Pegawai Masjid Menurut Undang-Undang Serta Bengkel Percambahan Minda Bantuan Modal Perniagaan MAIPk Bersama Orang-Orang Besar Jajahan Negeri Perak

IPOH, 05 Mac 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak(MAIPk) telah mengadakan Taklimat Fungsi, Tanggungjawab dan Tatakelakuan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid menurut undang-undang Serta Bengkel Percambahan Minda Bantuan Modal Perniagaan MAIPk Bersama Orang-Orang Besar Jajahan Negeri Perak di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Taklimat ini dihadiri Orang-Orang Besar Jajahan Perak (OBJ), Pengarah JAIPk, Timbalan Pengarah JAIPk, Pegawai Tadbir Agama (PTA), Pengurusan Tertinggi MAIPk, Pegawai-pegawai MAIPk serta Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Taklimat ini dimulai dengan kata alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan seterusnya ucapan dari Pengarah JAIPk, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Yusop bin Haji Husin.

Taklimat Fungsi, Tanggungjawab dan Tatakelakuan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid menurut undang-undang telah disampaikan oleh Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Perak (Syariah), Tuan Zaini bin Abd Rahim. Taklimat ini diadakan adalah merujuk kepada titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang menitahkan agar MAIPk menganjurkan satu taklimat khusus kepada semua Orang Besar Jajahan Negeri Perak, Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah. Ini adalah rentetan dari penyalahgunaan fungsi masjid dan surau yang berleluasa mutakhir ini demi kepentingan pihak tertentu di negeri Perak.
 
Taklimat ini antaranya menyentuh mengenai pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan masjid termasuklah Pegawai-Pegawai Masjid yang terdiri daripada Imam dan Bilal serta Jawatankuasa Kariah juga perlulah bertanggungjawab, amanah, dan berintegriti dalam memikul tanggungjawab masing-masing.  Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018 dan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015 hendaklah difahami, dihadam dan dipatuhi sepenuhnya oleh setiap Pegawai Masjid yang terdiri daripada Imam dan Bilal dan ahli Jawatankuasa Kariah supaya tanggungjawab dapat dipikul dengan baik dan perilaku setiap daripadanya tidak tersasar daripada landasan undang-undang.

Antara tatakelakukan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang amat dititikberatkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah pegawai-pegawai ini tidak melibatkan diri atau menyebabkan penglibatan aktiviti-aktiviti berbaur politik di masjid. Ketidakpatuhan undang-undang dan salah laku Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah bukanlah suatu perkara remeh yang boleh dipandang enteng. Kalangan inilah yang merupakan penjaga kepada institusi masjid. Jika runtuh keperibadian penjaga masjid, maka goyahlah sesuatu institusi masjid dan semakin sukarlah peranan-peranan masjid yang dinyatakan sebelum ini dapat dicapai. Telah banyak salah laku yang dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dilaporkan kepada Majlis dan telah diambil tindakan yang sewajarnya. Diharap perkara-perkara ini dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada semua agar perkara-perkara tersebut tidak diulang lagi.
 
Selepas selesai taklimat ini, pihak MAIPk juga telah menyediakan bengkel percambahan minda bantuan modal perniagaan MAIPk bersama Orang-Orang Besar Jajahan Perak yang telah disampaikan pihak Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Bengkel ini diadakan secara khususnya adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dari Orang Besar Jajahan berkaitan kaedah dan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan MAIPk. Bantuan Modal Perniagaan merupakan salah satu skim di dalam Program Pembangunan Ekonomi yang bertujuan membantu para asnaf yang telah mula terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan bagi membolehkan perniagaan tersebut dapat berkembang dengan lebih maju melalui tambahan peralatan yang bersesuaian.


















.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.