Wakaf Tanah Kg. Kepayang Fair Park Ipoh

IPOH,11 Mac 2020 - Alhamdulillah , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah oleh En Hashim Ghani bin Mohd Sirad bagi tujuan pewakafan "Wakaf Am" di Lot 9047, Kampung Kepayang Fair Park Mukim Hulu Kinta Daerah Kinta.

Kami warga kerja Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Hashim Ghani bin Mohd Sirad kerana sudi dan sanggup mewakafkan sebidang tanahnya kerana Allah S.W.T untuk tujuan kebajikan umat Islam di daerah Kinta.

Jom kita doakan semoga Allah memberi ke atas En Hashim Ghani bin Mohd Sirad serta ahli keluargnya keberkatan, kebahagiaan, keselamatan, kerahmatan, rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Amin amin ya rabbal alamin

Jom Berwakaf
Boleh Hubungi : 05-2084170/05-2084010/05-20844066 untuk maklumat lanjut untuk mengetahui perkara berkaitan wakaf




.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.