Sumbangan Khas MAIPk Kepada Petugas Barisan Hadapan Covid-19

IPOH, 28 MAC 2020 (Sabtu) - Sebagai menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dalam menangani jangkitan wabak Covid -19, pihak MAIPk yang diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri bin Lee bersama- sama pegawai agihan zakat telah memberi bantuan sumbangan khas kepada petugas barisan hadapan Covid -19 di dua lokasi iaitu Markas 2 Briged dan IPK Perak.

Barisan hadapan merupakan wira negara kerana sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani wabak yang sedang melanda negara ketika ini. Pihak MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan dalam tempuh yang mencabar ini.

1. MARKAS 2 BRIGED
- Goodies Bag : 500 pcs
- Hand Sanitizer : 394 Botol
- Face Mask : 80 Kotak

2. IPK PERAK
- Goodies Bag : 500 pcs
- Hand Sanitizer : 419 Botol
- Face Mask : 80 Kotak









 



.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.