Penyerahan Sumbangan Bantuan Kotak Makanan Peringkat Negeri Perak Oleh MAIPk

IPOH, 30 Mac 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyerahkan Sumbangan Bantuan Kotak Makanan Peringkat Negeri Perak di perkarangan Parkir Stadium Hoki Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh kepada urusetia Bilik Gerakan COVID-19 negeri Perak. Sumbangan Bantuan Kotak Makanan ini salah satu daripada sembilan jenis bantuan pihak MAIPk dalam Dana Khas Agihan Zakat keseluruhan sebanyak RM11.95 juta bagi membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik COVID-19 yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 25 Mac 2020.

Pada majlis ini pihak MAIPk turut bersama-sama urusetia Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Perak berkerjasama mengembleng tenaga membantu mengagihkan bantuan Kotak Makanan sebanyak 4,000 buah kotak dengan nilai RM240,000 yang akan disalurkan melalui Bilik Gerakan COVID-19 di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh daerah di negeri Perak .

Sumbangan kotak makanan ini bertujuan mengurangkan beban golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), susulan penularan wabak COVID-19, bantuan ini adalah inisiatif MAIPk bagi membantu golongan yang memerlukan yang termasuk mereka yang tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari bermula 18 Mac hingga 14 April ini. 











.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.