Majlis Pengagihan Wang Tidak Patuh Syariah Bagi Operasi Public Islamic Bank Berhad kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

IPOH, 01 Julai 2020 -  Public Islamic Bank Berhad telah menyampaikan sumbangan wang tidak patuh syariah bagi operasi mereka bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Majlis ini telah berlangsung di Pejabat YAB Menteri Besar Perak. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah hadir menerima agihan ini mewakili MAIPk disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin.

Semoga dengan sumbangan ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak Public Bank Islamic Berhad bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.




.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.