Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur, Ulu Kinta, Ipoh

IPOH,12 Ogos 2020 - YB Senator Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir dalam Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur, Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Seramai 60 orang saudara kita melafazkan syahadah dan diraikan dalan majlis tersebut. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, Ustaz Mohd. Akmal bin Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM dan MAIPk atas usaha menyampaikan kefahaman Islam kepada Masyarakat Orang Asli di RPS Makmur.














Sumber : FB  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Malaysia
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.