Pembayaran Zakat MAIPk Melalui Aplikasi Shopee

BERITA TERKINI.
MAIPk menguar-uarkan kini anda boleh berzakat di Shopee.

Bermula 18 Disember 2020 Shopee menyediakan perkhidmatan baru menunaikan zakat di Zakat Perak-MAIPk.

Semuanya di hujung jari. Berbelanja ‘online’, berzakat pun ‘online’. Zakat Perak-MAIPk menggalakkan pelanggan Shopee menunaikan zakat bersama kami.

Kami di MAIPk giat membela nasib lapan asnaf. Ia terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, ibnu sabil, fisabilillah, gharimin dan riqab. Semua asnaf disantuni dengan aktif. Kami dapati keperluan dana yang besar untuk menyeimbangi taraf kehidupan. Jurang pemisah kemiskinan perlu ditangani semua pihak.

Golongan yang berkemampuan diajak bersama membantu golongan yang kurang bernasib baik. Semua orang sedia maklum pendamik virus yang menular ini membawa kepada kesempitan pendapatan. Keperluan perbelanjaan wajib seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal semakin meningkat.

Zakat Perak-MAIPk mengingatkan, di dalam harta, wang atau pendapatan kita ada hak mereka yang memerlukan. Selamat berzakat di Zakat-Perak-MAIPk & Selamat berbelanja di Shopee.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Zakat Perak MAIPk, layari: https://www.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.