• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Ceramah Perdana "Harta Dunia, Akhirat Bahagia" di Masjid Jamek Taman Desa Bakti, Teluk Intan

Majlis Penyampaian Baucer Persekolahan Daerah Gerik

GERIK MAIPk daerah Gerik telah mengadakan Majlis Penyampaian Baucer Persekolahan untuk anak-anak penerima bantuan bulanan MAIPk. Majlis ini berlangsung pada 28 November 2017 dengan seramai 250 orang anak-anak asnaf dari kalangan penerima bantuan bulanan fakir miskin. Setiap pelajar diberikan baucer belian kelengkapan persekolahan sebanyak RM200 setiap pelajar dan ianya ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00. Pihak MAIPk telah bekerjasama dengan Pasaraya Sakan untuk membuka pusat jualan tersebut di MAIPk Gerik. Alhamdulillah, kita dapat saksikan bagaimana keterujaan anak-anak ini memilih pakaian sekolah dan semuanya mengucapkan syukur pada Allah atas bantuan yang bermakna ini.









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.