• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Soalan Lazim

1. Saya mahu berzakat secara terus kepada penerima. Adakah boleh saya melakukannya dan bagaimanakah amalan pada zaman nabi sendiri?


Zakat hendaklah ditunaikan kepada Amil yang dilantik oleh pemerintah. Ini sesuai dengan kehendak Islam, kerana jawatan Amil memang jelas dinyatakan di dalam Al-Quran dan disebutkan di dalam al-Hadis. Orang yang berzakat terus kepada penerima akan melakukan kesilapan secara tidak sedar dibimbangi kesalahan utama adalah apabila seseorang itu memberi zakat kepada satu golongan asnaf sahaja sedangkan dalam harta atau wang zakat tersebut terkandung hak lapan asnaf yang memerlukan pembelaan. Mengikut as-Shafie dalam kitab Fiqh al-Manhaji hendaklah orang yang mahu mengagihkan sendiri zakatnya itu mencari tiga orang daripada setiap asnaf zakat untuk diberikan haknya. Inilah amalan pada zaman nabi dan sahabat. Mereka mengeluarkan zakat kepada Amil-Amil yang dilantik, seperti mana nabi sendiri melantik dan menghantar Muadz bin Jabal ke Yaman kepada Amil.


2. Bagaimana dengan hitungan nisab bagi harta perkongsian?

Harta milik bersama atau perkongsian hukumnya sama seperti harta individu. Apabila harta milik bersama mencukupi nisab, maka dikeluarkan zakat darinya sekalipun jika diagihkan, pemilikan setiap ahli yang berkongsi kurang dari nisab.Hukum ini sama bagi semua jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat.


3. Suami saya sedang bertugas di luar negara, bagaimana caranya jika beliau ingin membayar zakat fitrah bagi tanggungannya, iaitu saya dan anak-anak? Adakah perlu suami membayar di luar negara, iaitu tempat beliau bertugas sekarang atau adakah perlu saya mewakilkan abang kandung saya untuk membayar zakat fitrah bagi pihak suami?


Tanggungjawab untuk membayar zakat fitrah bagi diri anda dan anak-anak adalah tertakluk kepada suami. Walau bagaimanapun, suami boleh mewakilkan pembayaran tersebut melalui abang kandung atau sesiapa sahaja yang berada di kariah anda.


4. Adakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama?

Ya, kerana zakat diwajibkan ke atas simpanannya pada tahun kedua. Walaubagaimanapun, dari sumber yang sama tetapi ia berbeza di dalam pengiranaan haul. Selepas dibayar zakat pendapatan, jika lebihan pendapatan disimpan dan apabila cukup nisab serta haul ia wajib membayar zakat wang simpanan.


5. Adakah wang yang didapati sebagai pembiayaan daripada Bank Rakyat untuk membeli Amanah Saham Bumiputra (ASB) diwajibkan zakat? Dan bagaimana pengiraannya?

Wang yang didapati daripada pembiayaan secara syarak untuk membeli mana-mana saham yang syubhah hanya dikenakan zakat dan dikira pada pokok yang halal itu sahaja jika mencukupi syarat beserta nisab dan haul.


6.Saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual burger di hadapan rumah. Selain itu saya juga ada melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung. Adakah saya wajib membayar zakat perniagaan?

Pendapatan yang diperolehi dari sumber sedemikian dikira sebagai pendapatan sampingan dan hendaklah dikira sebagai zakat pendapatan; bukannya zakat perniagaan. Sebenarnya semua pendapatan sampingan seperti hasil penulisan, ceramah, menjual burger, jualan langsung bahkan rumah sewa hendaklah dikira sebagai pendapatan yang wajib dizakatkan. Pendapatan itu hendaklah dicampur dan dikirakan sebagai satu pendapatan dan dikirakan zakat ke atasnya.


7. Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Tidak wajib dizakatkan kecuali ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.


8. Bagaimana cara pengiraan zakat emas dan perak ?

a) Kaedah pengira
an zakat emas perhiasan ( emas yang di pakai )

Zakat emas perhiasan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang dipakai adalah sama atau melebihi uruf ( 500 gram). Kae
dah pengiraan ialah :-

[ Timbangan emas ( gram)] x [ harga emas semasa/gram] x 2.5%

Contoh :-

Berat emas yang dimiliki : 950 gram
Harga emas semasa/gram : RM 174.00
Kadar zakat : 950 gm x RM174.00 x 2.5% = RM 4,132.50



b) Kaedah pengiraan zakat emas yang disimpan

Zakat emas yang disimpan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang disimpan adalah sama atau melebihi uruf (85gm).


c) Kaedah pengiraan zakat perak

Bagi logam perak ( sama ada yang dipakai atau disimpan), zakat hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi uruf (595 gm).


9. Dividen yang ada dalam KWSP perlu dikenakan zakat atau tidak ?

Dividen KWSP diwajibkan zakat.


10. Adakah seseorang itu wajib membayar zakatnya sedangkan dia menanggung hutang sejumlah yang hampir sama dengan nilai wang KWSP yang diperolehinya?

Diwajibkan membayar zakat wang KWSP yang diperolehi terlebih dahulu sebelum membayar hutang kerana wang tersebut telah cukup nisab.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.