• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kursus Orientasi Untuk Pekhidmat-Pekhidmat MAIPk Baharu

Ipoh, 4 8 Disember 2017 , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah melantik seramai 14 orang pekhidmat-pekhidmat baru yang telah melaporkan diri untuk bertugas pada 4 Disember 2017. Mereka terdiri daripada Penolong Akauntan gred W29, Pembantu Tadbir gred N19, Pembantu Tadbir Kewangan gred W19 dan Pembantu Operasi gred N11. Bagi memberikan pemahaman berkenaan dengan fungsi dan tugas-tugas MAIPk, kursus orientasi telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, KIDR. Yang Berbahagia Dato Dr.Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah memberikan ucapan perasmian disamping memberikan amanat akan tanggungjawab dan peranan sebagai pekhidmat MAIPk.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Wan Maizura binti Wan Zahari turut memberikan ucapan dan pembentangan berkenaan dengan fungsi-fungsi MAIPk pada kursus tersebut. Di samping itu, wakil-wakil dari setiap bahagian / unit / daerah turut sama menyampaikan ceramah dan pembentangan bagi menerangkan fungsi dan peranan masing-masing. Adalah diharapkan kursus ini dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan setiap pekhidmat-pekhidmat baru MAIPk dapat memahami sepenuhnya akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya umat Islam di Negeri Perak ini.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.