• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Bot Waqaf Perak Ar-Ridzuan oleh UniKL MIMET Kepada MAIPk

Majlis Penyerahan Bot Waqaf Perak Ar-Ridzuan oleh UniKL MIMET Kepada MAIPk

TARIKH : 21 Disember 2017 ( Khamis )

MASA : 3:00 petang

TEMPAT : UNIKL Mimet, Manjung

Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) merupakan suatu inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk menghidupkan kembali amalan berwakaf secara tunai melalui kaedah kutipan serta pengurusan wakaf yang lebih sistematik. Semua hasil sumbangan wakaf dikumpulkan dalam satu tabung dan diagihkan dalam bentuk projek-projek berimpak tinggi untuk umat Islam.

Bot-bot yang telah siap akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang dipilih. PNK tersebut akan menyewakan bot kepada nelayan (tekong) yang merupakan ahli persatuan yang mempunyai kemahiran mengendalikan bot. Sebahagian hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf baru.

Info

  • Merupakan bot wakaf pertama dibina di bawah Program Waqaf Perak Ar-Ridzuan hasil sumbangan orang ramai.
  • Mempunyai ukuran saiz 30 kaki panjang 8 kaki lebar serta dilengkapi dengan enjin bot 115hp dan 40hp, pukat, garmin, marine robot dan lain-lain.
  • Penyumbang Waqaf Perak Ar-Ridzuan layak mendapat potongan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.