• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Majlis Penyampaian Agihan Wakaf Saraan

IPOH, 20 Febuari 2018 Mufti Kerajaan Negeri Perak, YABhg Tan Sri Dato Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Wakaf Saraan kepada penerima manfaat bertempat di Dewan Al- Ghazali, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai pemegang amanah harta wakaf di Negeri Perak.

KPE MAIPk, Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed memaklumkan Majlis Agihan wakaf saraan ini melibatkan 31 penerima manfaat dengan jumlah keseluruhan agihan berjumlah RM299,952.05. Penerima-penerima manfaat ini adalah merupakan Jawatankuasa yang dilantik bagi menguruskan Masjid, Surau, Tanah Perkuburan dan Institusi Pendidikan di kawasan kariah masing-masing.

Turut dimaklumkan bahawa, hasil wakaf saraan ini melibatkan hasil sewaan yang diterima daripada bulan Oktober sehingga bulan Disember 2017 dan ia merupakan agihan kali ke-4 bagi tahun 2017. Namun begitu terdapat sebahagian daripada penerima hari ini merupakan kali pertama menerima hasil wakaf saraan.

Melihat kepada majlis yang berlangsung pada hari ini, telah menunjukkan salah satu objektif utama ibadah wakaf telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu dengan berwakaf segala manfaat dan keuntungan hasil dari aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan dapat diagihkan semula kepada umat Islam.







AGIHAN

JANUARI

(RM)

APRIL

(RM)

JULAI

(RM)

DISEMBER

(RM)

JUMLAH

(RM)

MASJID

56,099.20

(20 penerima)

91,474.52

(24 penerima)

112,187.06

(25 penerima)

318,868.73

(51 penerima)

259,760.78

(120 penerima)

SURAU

28,440.00

(10 penerima)

59,400.00

(14 penerima)

71,550.00

(16 penerima)

112,489.20

(32 penerima)

271,879.20

(72 penerima)

KUBUR

23,835.04

(5 penerima)

8,280.78

(4 penerima)

75,896.69

(8 penerima)

35,554.58

(19 penerima)

143,567.09

(36 penerima)

INSTITUSI PENDIDIKAN

24,502.15

(9 penerima)

28,300.40

(8 penerima)

108,487.77

(18 penerima)

81,842.08

(20 penerima)

243,132.40

(55 penerima)

JUMLAH

132,876.39

(44 penerima)

187,455.70

(50 penerima)

368,121.52

(67 penerima)

548,754.59

(122 penerima)

918,339.47

(283 penerima)

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.