Taklimat Zakat Di Pejabat Persatuan Bola Sepak Perak

Ipoh, 9 April 2018 - Bermula dengan kunjungan hormat ke Pejabat Persatuan Bola Sepak Perak diketuai oleh AF Ust Mohd Latiff b Talib, Pengurus Unit Dakwah dan Amil menerangkan berkaitan Skim Potongan Zakat Berjadual & Skim Agihan Zakat kepada Wakil Persatuan, seterusnya taklimat berkaitan Skim Potongan Zakat berjadual kepada Barisan Kejurulatihan dan Pemain-pemain Bola Sepak Perak Darul Ridzuan yang disampaikan oleh AF Ust Ahmad Nazim b Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pungutan Hasil MAIPk dan pada pagi tadi pihak MAIPk telah menerima Borang Skim Pembayaran Zakat melalui Potongan Gaji dan Cek Bayaran Zakat Pendapatan Pemain-pemain Bola Sepak Perak Darul Ridzuan yang diserahkan wakil persatuan kepada pihak MAIPk. Semoga Pasukan Bola Sepak kami terus cemerlang dan terbilang.



.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.