Program Ziarah dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf Daerah Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 24 Mei 2018 Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program ziarah dan berbuka puasa bersama asnaf terpilih sempena Ramadhan 1439H. Program ziarah dan berbuka puasa ini menyasarkan kepada lima (5) buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Mukim Sayung, Buaya, Lubuk Merbau dan Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar. Program ziarah dan berbuka puasa bersama asnaf tersebut telah diketuai oleh Pegawai Baitulmal Daerah A.F Ustaz Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Kuala Kangsar dan memberi bantuan barangan dapur, juadah berbuka puasa dan duit saku untuk setiap keluarga sempena bulan Ramadhan.


















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.