• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Santuni Asnaf Di Kg. Dato Sagor

Alhamdulillah, pihak MAIPk Kuala Kangsar telah menyantuni keluarga En. Norhazif bin Abdullah di Kg. Dato Sagor, Sungai Siput (U). Kedatangan MAIPk disambut oleh En. Norhazif serta isteri dan dua orang anaknya. Sebelum ini, En. Norhazif ada memohon bantuan bulanan dan bantuan perubatan untuk dua orang anaknya.
Anak kedua dan ketiga En. Norhazif mempunyai masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan pendapatan bulanan mereka sekeluarga tidak dapat menampung keperluan harian mereka seisi rumah. Anak kedua beliau menghidap penyakit leukimia tahap 2 manakala anak ketiga pemohon menghidap penyakit anemia. Kedua-dua mereka memerlukan susu ENSURE Gold sebagaimana yang disarankan oleh doktor pakar bagi penambahan nutrien dalam badan. Mereka berdua juga memerlukan rawatan susulan dengan doktor pakar, namun, seringkali tidak dapat hadir disebabkan masalah kekurangan wang untuk membawa mereka.
En. Norhazif bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan sungai manakala isterinya berusaha membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual kuih muih pada bulan Ramadhan ini. Beliau dan isterinya menanggung tujuh orang anak di mana enam anaknya bersekolah menengah dan rendah dan seorang anak mereka belum bersekolah.
Alhamdulillah, permohonan En. Norhazif mendapat perhatian segera dari pihak MAIPk. Permohonan tersebut mendapat kelulusan dan pihak MAIPk Kuala Kangsar telah hadir ke rumah En. Norhazif bagi menyampaikan bantuan tunai dan perbekalan susu tersebut. Semoga bantuan tunai bulanan yang diberikan dapat membantu En. Norhazif menyelesaikan rawatan perubatan anaknya, manakala, perbekalan susu tersebut dapat membantu pemulihan penyakit kedua-dua anaknya.
Terima kasih pembayar zakat, tanpa zakat anda, golongan fakir dan miskin sukar dibantu. Terima kasih kepada umat Islam, sesungguhnya doa kalian menunjukkan masih wujud ukhuwah dan sikap bantu membantu sesama umat Islam.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.