Kaunter Penerangan Zakat di Felda Gunung Besout 2

Sungkai ,Rabu Pada 21 November 2012, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui Unit Dakwah dan Promosi telah membuka kaunter penerangan zakat di Felda Gunung Besout. Kali ini di kawasan penempatan Felda Gunung Besout 2. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Gunung Besout 2. Majlis bersempena dengan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Gunung Besout 2. Kaunter MAIPk telah menerima kunjungan orang ramai yang hendak mendapatkan info berkenaan zakat dan pelaksanaan agihan wang zakat. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah Encik Muhammad Izzat Naqiuddin bin Abdul Kadir dan dibantu oleh Encik Norizuan bin Ismail dari Pejabat MAIPk Tapah. Satu usaha yang proaktif pihak MAIPk dalam menyemarakkan amalan berzakat kepada warga peneroka tanah rancangan Felda.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.