• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Hospital Kpj Bayar Zakat RM310,009.50

Ipoh,Khamis Pada 22 November 2012,bertempat di Bilik Perbincangan Tingkat 1, KIDR telah diadakan satu majlis ringkas penyerahan cek zakat perniagaan daripada Kumpulan Hospital KPJ iaitu
KPJ Ipoh Specialist Hospital dan KPJ Taiping Medical Center.En. Anas bin Mukhsin, selaku Pengurus Operasi daripada KPJ Ipoh Specialist Hospital telah menyerahkan cek berjumlah RM290,000.00 kepada Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Sementara itu, En. Mohamad Sofian bin Ismail selaku Pengurus Besar KPJ Taiping Medical Center telah menyerahkan cek berjumlah RM20,009.50 juga kepada Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pihak MAIPk mengharapkan komitmen yang berterusan daripada pihak KPJ dalam melaksanakan amalan berzakat demi faedah kemaslahatan umat Islam. Satu usaha terpuji pihak swasta dalam memperkasakan amalan berzakat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.