• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Diskusi Iqtisad Korporat MAIPk Peringkat Daerah Tapah Harta Dunia Saham Akhirat

Diskusi Iqtisad Korporat MAIPk Peringkat Daerah Tapah Harta Dunia Saham Akhirat

TAPAH , 16 Ogos 2018 - Diskusi Iqtisad korporat MAIPk Peringkat Daerah Tapah yang bertajuk Harta Dunia Saham Akhirat yang julung kali telah diadakan berlangsung di Masjid Al-Muhtadin Bidor,Perak.Diskusi Iqtisad korporat MAIPk ini telah mendapat kerjasama perancangan program bersama rakan strategik (NBOS) iaitu Unit Pemasaran Majlis Agama Islam dan`Adat Melayu Perak,Pejabat Baitulmal Daerah Tapah dan Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin Bidor dengan objektif diskusi bertujuan untuk memberikan motivasi di kalangan jemaah untuk berusaha mempertingkatkan prestasi dalam mengerakkan ekonomi Islam berlandaskan wakaf.Ianya membolehkan wujudnya kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan dan keperluan untuk berwaqaf bagi pembangunan ekonomi bersama.

Majlis pembukaan dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha A.F Ustaz Haji Hamdi Bin Othman merangkap Pegawai Baitulmal Daerah Tapah sekaligus merasmikan Diskusi Iqtisad korporat MAIPk tersebut.Kemudian majlis diskusi diteruskan tausiyah yang disampaikan oleh Imam Muda Jabar (Juara Imam Muda Astro) dengan tajuk Harta Dunia Saham Akhirat.

Pendekatan yang dibawa penceramah dalam ceramah ini dilihat berjaya memberi kesan kepada para jemaah yang hadir kerana taklimat ini menekankan kaedah memperkasakan ummah melalui pelbagai program yang mencakupi aspek aspek utama kehidupan seorang hamba Allah. Semoga taklimat ini mendapat tempat di hati masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi ummah yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Sekaligus dapat memberikan kefahaman dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada masyarakat.

Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin Bidor dengan kerjasama Unit Pemasaran Majlis Agama Islam dan`Adat Melayu Perak,Pejabat Baitulmal Daerah Tapah telah berjaya menjayakan taklimat tersebut dengan mengumpulkan seramai lebih 250 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Masjid dan Surau Diri Jumaat daerah Tapah,Penghulu Mukim Bidor,Ketua Kampung Mukim Bidor,Ahli Kariah Mukim Bidor,Kakitangan Pejabat Baitulmal Daerah Tapah serta penghargaan diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin Bidor yang telah banyak bertungkus lumus dalam menjayakan Diskusi Iqtisad korporat MAIPk Peringkat Daerah Tapah.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.