Ziarah Kasih Asnaf Di Daerah Muallim

MUALLIM, 20 Ogos 2018 Sumbangan Iduladha 1439H" kolibrasi bersama antara En .Hanafiah iaitu seorang Usahawan Muslim dan MAIPk Daerah telah melaksanakan satu ziarah kasih bagi penyerahan sumbangan berbentuk barangan dapur dan wang saku bagi asnaf fakir / miskin yang berdaftar dengan MAIPk Daerah Muallim.

En. Hanafiah yang merupakan peniaga barangan elektrik (SH Electrical) di pekan Slim River telah bersetuju turun bersama untuk melihat sendiri 11 keluarga penerima yang sesuai untuk diserahkan sumbangan tersebut.

Hasil daripada serahan sendiri oleh beliau sedikit sebanyak memberi gambaran berkenaan tugas-tugas di Baitulmal yang dilihat sentiasa mencabar dan ianya boleh dicontohi. Beliau juga turut beramah mesra bersama-sama penerima dan keluarga.

(Sumber: FB Zakat PerakMAIPk)









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.