Program Jejak Asnaf Al-Muta'affifun Siri 1

Lenggong, 30 Oktober - MAIPk Lenggong meneruskan program agihan zakat pada tahun 2012 di kampung-kampung terpilih sekitar Daerah Lenggong. Satu Program Jejak Asnaf Al-Muta'affifun Siri 1 yang julung-julung kalinya diadakan oleh MAIPk Lenggong pada 30 Oktober 2012. Antara kampung yang terlibat adalah Kg Luat, Kg Ulu Lenggong, Kg Kota Tampan Air dan Kg Sumpitan. Sebanyak 5 buah rumah asnaf telah dikunjungi hasil maklumat orang ramai. Sumbangan berupa beras dan barang keperluan dapur seperti minyak, milo, tepung, bihun, gula, susu dan biskut serta dipanjangkan permohonan bantuan yang layak diterima.

Program ini diadakan bertujuan memberi perhatian tentang wujudnya golongan Al-Muta'affifun (golongan yang disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 273). Golongan ini tidak meminta-minta bantuan, enggan memohon, tiada maklumat zakat, masalah perhubungan dan kemungkinan memikirkan maruah diri. Sehubungan dengan itu, program ini diharap dapat membantu golongan Muta'affifun supaya tidak ketinggalan dari segi kebajikan sosial dan taraf hidup selaras dengan maqasid syariah dalam membina masyarakat yang sejahtera

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.