5 Agensi Korporat Serah Zakat Perniagaan

IPOH, 27 Disember 2018 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk) telah menerima zakat perniagaan daripada lima agensi korporat iaitu daripada Telekom Malaysia Berhad, Encik Hassan Bin Ismail (Penolong Pengurus Besar, Government Sector), Agrobank, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (Pengerusi), Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (Mcdonalds Malaysia) Encik Azhar Darbi (Pengarah Kanan Sumber Manusia merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal Mcdonalds), GITN Sdn. Bhd Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari (Ketua Pegawai Eksekutif), Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad Encik Abdullah Bin Mohamad (Ketua Keanggotaan dan Komunikasi Korporat). Kesemua agensi menunaikan zakat perniagaan dengan berjumlah RM594,565.75 bagi tahun berakhir 2017 . Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menerima zakat perniagaan tersebut serta wakil dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.


















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.