• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Taklimat mengenai Pengurusan Zakat dan Wakaf Tabung Baitulmal Sarawak

Taklimat mengenai Pengurusan Zakat dan Wakaf Tabung Baitulmal Sarawak

Sime Darby Convention Centre, 29 Januari 2019 Satu Taklimat mengenai Pengurusan Zakat dan Wakaf Tabung Baitulmal Sarawak telah diadakan dan dihadiri oleh YABhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Anggota-Anggota MAJLIS, Para Pegawai Pengurusan Kanan MAIPk serta Pegawai Baitulmal Daerah. Taklimat yang telah disampaikan oleh YB. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Abang Mohamad Nailie sebagai Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak selama beberapa jam itu telah membuka pandangan audiens tentang persamaan dan juga perbezaan antara cara pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak dan MAIPk. Taklimat itu diakhiri dengan sesi soal jawab daripada Anggota-Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang kelihatan tertarik dengan cara Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak kerana telah dibentangkan dengan amat baik dan mudah difahami. Yang Dipertua MAIPk telah memberikan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Tabung Baitulmal Sarawak yang telah menjayakan taklimat tersebut sejurus selepas taklimat dari Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak berakhir.
Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati dari pihak MAIPk yang telah diserahkan oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato Seri Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin kepada pihak Tabung Baitulmal Sarawak kerana telah sudi merentasi laut cina selatan untuk memberikan taklimat tentang pengalaman menguruskan Tabung Baitulmal Sarawak.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.