Bina Rumah Berciri Islam Atas Tanah Wakaf

TAIPING- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) Sdn Bhd (PSB) bakal memperluaskan projek pembinaan rumah bercirikan Islam atau tepati syariah sebagai salah satu Inisiatif memajukan tanah wakaf terbiar di seluruh negeri Perak dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan  bn Adat Melayu Perak (Maipk).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rahman Abdullah Thani berkata, pelaksanaan projek pembinaan rumah berciri Islam ini dilaksanakan di PSB di Taiping dengan junlah unit rumah mampu susu dibina sebanyak 10 buah di atas tanah Maipk seluas 0.4586 ekar.

Menurutnya, projek dijangka berjalan pada pertengahan tahun ini dan dijadualkan siap pada tahun 2020 bakal dimajukan dengan pembinaan rumah teres dua tingkat dengan keluasan ruang lantai binaan minimum 1,400 kaki persegi selain dilengkapi ciri-ciri reka bentuk dalaman Islamik.

Kelebihan reka bentuk dalaman Istam akan mengutamakan kedudukan toilet dan kamar udara adalah berasingan mengikut syariat Islam bag menjaga kesucian dan kebersihan.

"Di samping itu, kedudukan tandas juga tidak menghadap arah kiblat juga memenuhi konsep tepati syariah dan kita menggalakkan juga mana-mana pembeli bukan Islam membeli rumah berkonsepkan sebegini jika menepatf kehendak mereka" katanya kepada media pada majlis pecah tanah skim perumahan di atas tot 20148 Bandar Taiping anjurkan PSB dan Maipk di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua (YDP) Majis Perbandaran Taiping (MPT). Datuk Abdul Rahim Md Ariff turut dihadiri Pengerusi PSB, Datuk Dr Mohamad Hashim Ahmad Tajudin dan Pengurus Pembangunan Hartanah MAIPK, Zulfadli Baharum.

Abdul Rahman berkata, pelaksanaan projek pembinaan rumah berciri Islami di Bandar Taiping juga dijual dengan harga mampu milik tidak melebihi RM250, 000 bagi merealisasikan matlamat memartabatkan kelestarian umat Islam secara menyeluruh.

Menurutnya, projek ini menjadi pemangkin PSB untuk terus membangun tanah wakaf dihiar dielelia Maipk atau tanah dibeli syarikat sendiri pada masa hadapan.

Bagi perancangan tahun ini sehingaa tahun 2021, PSB sudah mengenal pasti beberapa tanah wakaf terbiar di Kampar, Alor Pongsu dan Chemor untuk dibangunkan projek sebegini.

Cuma kami perlu memberi kesedaran kepada pembeli berpotensi mengenai proses pembelian rumah atas tanah wakaf kerana sememangnya ada sedikit masalah komplikasi geran yang membabitkan tanah berstatus itu.

Insya-ALLAH jika pembell sudah memahami proses itu, kami yakin banyak tanah wakaf boleh dilaksanakan projek sama kerana kita tidak boleh membiarkan lebih banyak tanah wakaf terus terbiar bagi mengelak kemudaratan kemudian hari," katanya.

Abdul Rahman berkata, PSB juga akan memastikan penetapan harga rumah berciri Islam dijual pihaknya akan terus mengekalkan konsep mampu milik dan bersesuaian dengan tahap kemampuan dan kehendak konsep rumah dibina di sesuatu kawasan dibangunkan kelak.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.