Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda Kepada Mubaligh

IPOH, 27 Februari 2019 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan majlis penyerahan kenderaan pacuan empat roda kepada mubaligh di daerah Ipoh, Tapah dan Muallim di perkarangan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Sebanyak tiga buah kenderaan berjenama Isuzu D-Max disumbangkan oleh MAIPk melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penyerahan ini bertujuan memudahkan pergerakan pihak mubaligh menyebarkan dakwah di kawasan-kawasan pedalaman. Pada majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, YBrs. Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman. Turut hadir Pengarah JAIPk, YBhg.Dato Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, pegawai-pegawai MAIPk dan JAIPk.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.