Program Jejak Asnaf 2019 MAIPk Daerah Tapah

Tapah, 14 Mac 2019 Program Jejak Asnaf Daerah Tapah yang diketuai oleh A.F Ustaz Bakri bin Lee selaku Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk dan Pegawai Baitulmal Daerah Tapah iaitu A.F Ustaz Haji Hamdi bin Othman telah menziarahi dan menyantuni 10 buah rumah di 4 buah mukim. 10 buah rumah yang telah dikenal pasti ini kebanyakkannya memohon bantuan baik pulih dan bantuan bina rumah. Ini disebabkan keadaan rumah yang telah usang dan tidak selamat untuk didiami.

Bukan sekadar harapan yang dibawa, pihak MAIPk juga turut menyediakan wang tunai dan kotak makanan bagi meringankan beban mereka. Segala bantuan yang bersesuian akan disalurkan selepas sesi jejaki mengikut pertimbangan Jawatankuasa Baitulmal (JKB).












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.